Hajiji (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Saadiah sambil diperhatikan Mohd. Yaakob.
KOTA KINABALU: Pengerusi baharu Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), Saadiah Aziz hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu.
Antara isu yang dibincangkan ialah hala tuju syarikat utiliti itu serta peranannya dalam melengkapi pembangunan Sabah.
Saadiah, 49, turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd. Yaakob Jaafar.
Bekas Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional Berhad itu mengambil alih jawatan daripada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada 31 Julai lalu.


































