Hajiji menyerahkan buku Laporan Tahunan Hala Tuju SMJ 2024 kepada Anwar semasa pertemuan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di
pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan isu dan
perkembangan semasa di Sabah.
Pertemuan itu diadakan sejurus selepas selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang dipengeruskan oleh Perdana Menteri.

Hajiji membincangkan isu semasa dan perkembangan negeri Sabah dalam pertemuan dengan Anwar di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Ketua Menteri turut menyampaikan buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju
Jaya (SMJ) 2024, yang melaporkan kejayaan inisiatif-inisiatif hala tuju itu sejak 2021 hingga kini kepada Perdana Menteri.
Terdahulu, Hajiji menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-146 di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.
Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Hajiji bersama Anwar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-146 di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Dalam mesyuarat itu, Safar turut memberi taklimat berkaitan Ekonomi Biru kepada
menteri besar dan ketua menteri.
Pada Rabu dan Khamis, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-269 di Istana Negara.
































