Tun Musa (tengah) menerima cenderahati daripada Mashafuddin.
KOTA KINABALU: Affin Bank menyasarkan lebih banyak program pembangunan sosial dan ekonomi di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata pihaknya komited untuk membantu dalam pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Sabah, terutama selepas insiden bencana alam.
“Kami juga berhasrat untuk mengagihkan pemberian zakat serta memberi perkhidmatan perbankan bagi membantu aktiviti-aktiviti ekonomi kepada para peniaga amnya serta golongan usahawan.
“Pihak Affin Bank juga akan mengadakan program-program CSR mereka bersama komuniti di Sabah dalam meningkatkan kesedaran terhadap scammer,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Menurutnya, Affin Bank Berhad juga dalam perancangan awal untuk bekerjasama bersama institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk melaksanakan program baharu perbankan yang menggabungkan sesi pembelajaran di IPT dan latihan praktikal di cawangan syarikat perbankan itu
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Affin Bank, Fairuz Radi dan Pengarah Affin Wilayah Sabah, Julyana Abdul Rasjid.


































