Mohamed Salah (tengah) meraikan jaaringan gol dengan rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Anfield, pagi ini.
LONDON: Liverpool terus mengukuhkan kedudukan dengan perbezaan lima mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Aston Villa 2-0 menerusi jaringan Darvin Nunez dan Mohamed Salah di Anfield pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, kedudukan Reds itu turut dibantu dengan kekalahan Manchester City kepada Brighton 2-1 dalam perlawanan lebih awal.
Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih enam perlawanan Reds dalam 11 kempen liga manakala kekalahan Villa berterusan dalam empat perlawanan menyaksikan pasukan Unai Emery tercicir ke tangga kelapan liga tapi beza satu dengan dengan Nottingham Forest yang menghuni tangga ketiga.
Anfield turut gemuruh dengan sorakan penyokong Liverpool selepas mengetahui kekalahan City kepada Brighton.
Nunez membuka jaringan pada minit ke-20 sebelum Salah melengkapkan kemenangan Reds pada lewat permainan 10 minit sebelum perlawanan berakhir.
KEPUTUSAN
Brentford 3-2 Bournemouth
Brighton 2-1 Manchester City
Crystal Palace 0-2 Fulham
Liverpool 2-0 Aston Villa
West Ham 0-0 Everton
Wolves 2-0 Southampton