Lokasi mayat suspek ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh di Batu 3, Jalan POIC, Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.
LAHAD DATU: Seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh ditemukan dengan kesan tetakan di bahagian dagu, belakang kepala dan dahi sebelah kiri di di Batu 3, Jalan POIC, dekat sini.
Menurut Utusan Malaysia, dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari pada Khamis lalu, mayat mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan oleh ahli keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa yang memaklumkan suaminya dipercayai mati dibunuh.
Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tikaman pada dagu bahagian kanan, kesan tetakan di bahagian belakang kepala dan dahi sebelah kiri serta lebam di dada kanan, bahagian belakang serta pinggang,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, katanya, tiga lelaki dan seorang wanita iaitu isteri mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan.