KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini hari ini. (Gambar)
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-naib Presiden iaitu Datuk Rubin Balang dan Datuk
Masiung Bana, Ketua Wanita, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pemuda,
Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Emmie Martin Idang.
Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Mohd. Razali Razi, Bendahari Agung, Dato Sri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar
Titingan.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2024 di SICC.
Persidangan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis akan dirasmikan oleh Masidi pada 9 November 2024, manakala Persidangan Agung Tahunan Induk diadakan pada 10 November 2024 yang akan dirasmikan oleh Hajiji.