Jambatan Sungai Maong, berhampiran Kampung Gita Lama. Kuching.
KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun hilang selepas dipercayai terjun ke dalam sungai dari Jambatan Sungai Maong berhampiran Kampung Gita Lama pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi yang terletak sembilan kilometer dari balai.
“Komander operasi mengesahkan terdapat seorang lelaki terjun dari Jambatan Sungai Maong dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan,” katanya.
Menurut maklumat awal, lelaki berkenaan dipercayai bergaduh dengan isterinya sebelum keluar dari kenderaan lalu terjun dari jambatan berkenaan.