Pemain pertahanan Leipzig, Willi Orban (kiri) berebut bola dengan penyerang Liverpool, Darwin Nunez dalam saingan Liga Juara-Juara di Leipzig, hari ini.
LEIPZIG: Jaringan tunggal Darwin Nunez pada minit ke-27 meneruskan rentak cemerlang Liverpool di bawah jurulatih baharu Arne Slot selepas menewaskan RB Leipzig dengan kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara pagi ini.
Sementara itu, Manchester City mencatat kemenangan besar selepas membelasah juara Republik Czech, Sparta Prague 5-0 sekali gus mendaki ke tangga ketiga liga dengan Erling Haaland menjaringkan dua gol.
Menurut Utusan Malaysia, tiga lagi jaringan gol diperoleh menerusi Phil Foden, John Stones dan Matheus Nunes untuk membantu Liverpool mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah mereka dalam kejohanan itu.
Dalam pada itu, Barcelona membenam gergasi Jerman, Bayern Munich 4-1 di laman sendiri dengan Raphinha mencipta hatrik sekali gus menamatkan kekalahan enam pertemuan dengan pasukan yang sama sebelum ini.
Robert Lewandowski turut menyumbang gol buat Barcelona manakala gol tunggal Bayern menerusi Harry Kane.
Kekalahan itu menyebabkan Bayern hanya mencatat satu kemenangan setakat ini dan menghuni di tengah tangga liga manakala Barcelona berbekalkan dua kemenangan. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Atalanta (ITA) 0-0 Celtic (SCO)
Brest (FRA) 1-1 Bayer Leverkusen
Atletico Madrid (ESP) 1-3 Lille (FRA)
Barcelona (ESP) 4-1 Bayern Munich (GER)
Benfica (POR) 1-3 Feyenoord (NED)
Manchester City (ENG) 5-0 Sparta Prague (CZE)
RB Leipzig (GER) 0-1 Liverpool (ENG)
RB Salzburg (AUT) 0-2 Dinamo Zagreb (CRO)
Young Boys (SUI) 0-1 Inter Milan (ITA)































