KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengiringi
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-267 di Istana Negara, di sini, hari ini. (Gambar)
Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah,
berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga Khamis.
Kelmarin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra, Putrajaya.
































