Penjaga gol Shaktar Donetsk, Dmytro Riznyk (kiri) diasak tonggak tengah Arsenal, Gabriel Martinelli dalam saingan Liga Juara-Juara di London pagi tadi
LONDON: Mikel Arteta mengakui pemain-pemain Arsenal masih dibelenggu keletihan selepas mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan sendiri penjaga gol Shaktar Donetsk, Dmytro Riznyk dalam Liga Juara-Juara pagi ini.
Skuad bimbingan Arteta sebelum ini tewas 2-0 kepada Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris sekali gus mencalar rekod bersih pasukan .
Malah, corak permainan Gunners tidak menyakinkan walaupun kemenangan tipis itu sudah cukup untuk mereka meraih tiga mata penting.
Sementara itu, Real Madrid bangkit dari ketinggalan untuk membenam Borussia Dortmund 5-2 dengan Vinicius Junior melakukan jaringan hatrik manakala Aston Villa terus mempamerkan persembahan cemerlang apabila mendaki tangga teratas saingan liga selepas menewaskan Bologna 2-0.
Vinicius merobek gawang lawan tiga kali dalam babak kedua permainan selepas pasukannya sebelum itu ketinggalan 2-0. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
AC Milan (ITA) 3 Club Brugge (BEL) 1
Monaco (FRA) 5 Red Star Belgrade (SRB) 1
Arsenal (ENG) 1 Shakhtar Donetsk (UKR) 0
Aston Villa (ENG) 2 Bologna (ITA) 0
Girona (ESP) 2 Slovan Bratislava (SVK) 0
Juventus (ITA) 0 Stuttgart (GER) 1
Paris Saint-Germain (FRA) 1 PSV Eindhoven (NED) 1
Real Madrid (ESP) 5 Borussia Dortmund (GER) 2
Sturm Graz (AUT) 0 Sporting Lisbon (POR) 2


































