Anwar (tengah) menyantuni hadirin yang mengiringi kepulangan beliau.
KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Jakarta, Indonesia selepas lawatan singkat ke Sabah.
Pesawat khas yang membawa beliau dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) kira-kira jam 4.45 petang Sabtu.
Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong.
Pada Sabtu, Anwar merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah dan Sabah International Blue Economy (SIBEC) 2024 yang masing-masing berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan Perkarangan Stadium Likas.


































