Program TEM 2024 disambut meriah dengan penyertaan daripada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi seluruh negara.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited dalam menyebarluas maklumat percukaian bagi memastikan rakyat ‘celik cukai’ menerusi pelbagai program pendidikan dan kesedaran cukai kepada segenap lapisan rakyat.
Salah satu usaha HASiL bagi memperkukuhkan asas pembesaran cukai kepada orang awam di seluruh Malaysia adalah dengan menetapkan bulan Oktober sebagai Bulan Pendidikan Cukai
(TaxEdu Month) bermula pada tahun ini dengan pelbagai pengisian program kesedaran dan pendidikan cukai di seluruh negara.
Dr. Abu Tariq berkata, program ini dirancang bukan sahaja bertujuan untuk meluaskan keterlibatan (engagement) HASiL dengan rakyat, malah ia juga dilaksanakan bagi mencapai objektif yang murni iaitu ingin berkongsi peranan dan fungsi HASiL ke arah memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.
Sebagai rekod, sehingga bulan September 2024 sebanyak 1,606 taklimat dan seminar cukai telah dilaksanakan oleh HASiL yang melibatkan hampir 40 ribu peserta.
Pengisian program yang akan berlangsung sepanjang tempoh ini di seluruh negeri turut menggabungkan pelbagai elemen pendidikan cukai dan keusahawanan menerusi aktiviti seperti Mini Karnival HASiL Negeri, Segmen Pocket Talk, Bengkel Business Entreprenuer Support & Training (BEST), Taklimat e-Invois, Program Sahabat HASiL, HASiL Your Tax Buddy@IPT, Podcast bersama Influencer tempatan dan sebagainya.
Selain itu TaxEdu Month 2024 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang
bertemakan pendidikan, kesedaran dan pematuhan cukai seperti Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Video Kesedaran Cukai, Pertandingan Video Tik Tok, Pertandingan Poster Grafik, Kuiz Percukaian, Kuiz Percukaian di radio dan sebagainya.
Paling menarik adalah Pertandingan Taxplorace yang melibatkan seramai 170 penyertaan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.
Diharap penganjuran Bulan Pendidikan Cukai ini dapat menjadi platform bagi
mempromosikan HASiL agar tahap pematuhan cukai secara sukarela dapat
ditingkatkan selaras dengan aspirasi HASiL untuk menyebarluaskan pendidikan percukaian kepada semua peringkat umur dan latar belakang.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar
Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/































