Lee Zii Jia
PETALING JAYA: Pemain profesional lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat menyertai Terbuka Denmark selepas mengalami kecederaan buku lali.
Menurut Utusan Malaysia, Zii Jia merupakan finalis Terbuka Denmark tahun lalu dijadual bertemu wakil Jepun, Kenta Nishimoto pada pusingan pertama sebelum membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan tersebut.
“Selepas tiba di Odense pada Ahad lalu, harapan dan perancangan diletakkan untuk Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark walaupun dia mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di suku akhir Terbuka Artik.
“Zii Jia turun ke gelanggang hari ini (semalam) namun tidak selesa di bahagian buku lalu sekali gus menghalang dia bergerak pada tahap kualiti permainan.
“Selepas membuat pertimbangan, dengan berat hati Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark,” kata Team Lee Zii Jia (Team LZJ) dalam satu kenyataan di sini semalam.
Zii Jia merupakan pemain keempat dunia mara ke suku akhir Terbuka Artik sebelum tewas kepada Koki Watanabe 21-15, 13-21, 21-12 dalam tempoh satu jam enam minit, Jumaat lalu.
Sebagai rekod, pada tahun lalu, Zii Jia muncul naib juara Terbuka Denmark selepas tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang.






























