Shahelmey (tengah) menyempurnakan ‘flag off’ HSN 2024 Daerah Putatan.
PUTATAN: Masyarakat di daerah ini digesa agar terus membudayakan sukan sebagai gaya hidup yang sihat.
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang ditemui media semasa Program Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Putatan berkata program tahunan itu mendapat sambutan luar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur.
“Saya amat berbangga melihat penyertaan kanak-kanak sehinggalah golongan veteran dan beberapa orang kurang upaya (OKU) yang turut tidak melepaskan peluang bagi mengikuti program HSN ini.
“Penglibatan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan respon positif daripada masyarakat khususnya di Putatan dalam membudayakan aktiviti sukan untuk menjaga kesihatan sebagai gaya hidup mereka.
“Semoga dengan penganjuran program sebegini akan dapat memberi manfaat dengan memupuk budaya sihat dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau.
Turut berlangsung, acara fun ride, fun run dan fun walk selain pertunjukkan karate daripada anak Sabah yang mewakili Malaysia ke Wuhan pada Ogos lalu, Marymhel Leonarda Aleasya.
































