KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71, Yang di-Pertua Negeri, Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu malam ini.
Hajiji turut mengetuai Upacara Minum Hormat (Toast). (gambar)

Majlis itu turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Datuk Seri Panglima Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Datin Seri Panglima Hajah Juma’ani, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, jemaah Kabinet Negeri dan kenamaan lain.


































