Hajiji (kanan) bersama Awang Alik.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman di kediaman rasmi Ketua Menteri – Sri Gaya, di sini, hari ini.
Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.
Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri.

Hajiji (kiri) menerima cenderamata daripada Johari.
Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan
ke KSU Kementerian Pendidikan (KPM).
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, Tan Sri (Dr) Johari Abdul.




























