MUAR: Penemuan dua mayat bapa dan anak orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di Sungai Abong di sini semalam diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, penemuan dua mayat di sebuah rumah pada 23 Ogos lalu diterima atas maklumat orang awam.
“Pihak polis menerima laporan mengenai bau busuk dari rumah jirannya di Sungai Abong.
“Hasil siasatan pihak kami mengesahkan penemuan mayat dua lelaki dipercayai bapa dan anak lelaki (OKU) masing-masing berumur 76 tahun dan 37 tahun.
“Turut ditemukan seorang lagi wanita (OKU) berumur 44 tahun, juga anak kepada lelaki yang ditemukan meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lalu dalam keadaan lesu dan kelaparan.
“Kedua-dua mayat dalam telah melalui proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai SDR,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, media melaporkan penemuan mayat tiga sekeluarga di dalam rumah yang gelap sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan bapa kepada kedua-dua anak OKU tersebut tidak mempunyai pekerjaan.


































