Nor Farah Ain Abdullah lonjak ke tangga ketiga dunia. – Ihsan IG BOWLSMALAYSIA
PETALING JAYA: Juara boling padang dunia, Nor Farah Ain Abdullah kini memperbaharui ranking dunia kepada nombor tiga terbaik.
Menurut Utusan Malaysia, Farah memperbaharui ranking dengan 645 mata di belakang atlet Australia, Kelsey Cottrell (801 mata) dan Tyala Bruce dari New Zealand (768 mata).
Ianya susulan daripada meraih gelaran pada Kejohanan Boling Padang Dunia Dalam Dewan 2024 Guernsey, Channel Islands, April lalu.
Beliau memperagakan aksi memberangsangkan pada penampilan sulungnya dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sebelum merangkul gelaran dunia, atlet berusia 23 tahun itu meraih pingat emas pada Kejohanan Asia menerusi acara berpasukan wanita, di Pataya, Thailand, Mac lalu.
Seorang lagi atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple kini menghuni di tangga kedua terbaik dunia dengan 822 mata di bawah wakil Australia, Aron Sherriff (969 mata).


































