Prabowo Subianto melambai ke arah penyokongnya ketika menyampaikan ucapannya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengumumkan keputusan pilihan raya presiden, di Jakarta, Indonesia.
JAKARTA: Presiden Indonesia dipilih, Prabowo Subianto memperoleh majoriti Parlimen selepas parti yang menyokong saingannya pada pilihan raya Februari lalu, mengumumkan menyertai gabungan besar beliau.
Menurut Utusan Malaysia, Parti NasDem, yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada kerusi Parlimen, mengumumkan menyokong pentadbiran baharu Prabowo, Khamis.
Perkembangan itu akan memberikan kawalan kerajaan Prabowo ke atas Parlimen, meningkatkan kepentingannya daripada 43 peratus kepada 52 peratus.
Majoriti Parlimen dijangka melicinkan proses perundangan, termasuk kelulusan bajet 2025, yang akan diumumkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) kelmarin.
Probowo dan Naib Presiden terpilih, Gibran Rakabuming Raka, merupakan anak sulung Jokowi, akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober depan.
Ketua NasDem, Surya Paloh berkata, keputusannya untuk bekerjasama dalam gabungan Prabowo akan mewujudkan suasana lebih tenang dan optimistik serta memudahkan kerja pentadbiran baharu.
“Kami bersetuju untuk bekerjasama dan menghadapi cabaran bersama akan datang. Perpaduan adalah kunci kejayaan negara,” katanya, Khamis.
Prabowo juga dilaporkan sedang berbincang dengan parti Islam terbesar negara itu, yang mempunyai 10 peratus bahagian di Parlimen.
































