Logo Konvensyen UCSF Ke-3 Tahun 2024
KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) menganjurkan UCSF Convo Fest 2024 di kampus universiti itu di Sembulan di sini bermula hari ini, sempena Minggu Konvo 2024.
Antara aktiviti dan pengisian sepanjang Convo Fest 2024 ialah persembahan tarian, persembahan muzikal tempatan, alumni high tea, arm wrestling, food truck dan persembahan band tempatan.
Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris berkata, beliau sangat mengalu-alukan kehadiran alumni UCSF yang bakal bergraduasi pada 10 Ogos 2024.
“Semua persiapan telah diatur sempena Konvensyen UCSF ke-3 UCSF. Kali ini seramai 163 pelajar akan menerima sijil masing-masing pada Sabtu ini.
“Saya doakan semua graduan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan terus berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan.
































