KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (kiri) menerima
kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini, hari ini. (Gambar)
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di Sabah kerana menghadiri Majlis Himpunan Perdana Rakyat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Timbalannya, Peto Galim, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, Setiausaha AMK Selangor, Muhammad Afif Abdullah, Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Muhammad Daniel Iskandar Mohammad Danial Irfan dan exco-exco AMK Selangor.
































