Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Pemilihan ketua jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya akan diputuskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mempunyai jawatankuasa khas untuk membuat pemilihan.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, ini kerana FAM mempunyai jawatankuasa untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
“Ini (pelantikan ketua jurulatih baharu) di bawah FAM, mereka ada jawatankuasa untuk buat keputusan.
“Tak payah jawablah isu ini. Semalam baru letak jawatan,” katanya pada sidang media di Parlimen, kelmarin.
Hannah berkata demikian bagi mengulas sama ada kementeriannya akan campur tangan dalam pemilihan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan.
Semalam, Kim Pan-gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.
Pan-gon dalam pengumuman beliau mengakui puas membawa pasukan negara dengan melakar pelbagai kejayaan.


































