Jenama mewah berkolaborasi dengan Olimpik dan Paralimpik.
PARIS: Bahang Sukan Olimpik Paris 2024 kian terasa apabila jenama jangan mewah memperkenalkan kerjasama dengan Olimpik dan Paralimpik.
Menurut Utusan Malaysia, Olimpik edisi kali ini diibaratkan Olimpik ‘Fesyen’ menyaksikan jenama terkemuka dunia terbabit menjadi pelengkap untuk pembawa pingat dan dulang penyampaian di Majlis Kemenangan Paris 2024.
Antara lain, jenama itu yang juga berasal dari Perancis turut menjadi pereka khas bagi pingat Olimpik Paris 2024.
Pakaian seragam bagi pembawa pingat itu juga mengulangi memori silam sekali gus memberi penghormatan bagi Sukan Olimpik yang kali terakhir Paris menjadi tuan rumah pada 1924.
Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai saingannya pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
































