Fadillah Yusof pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. – Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM950 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja kecemasan luar jangka.
Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sejumlah RM410 juta diperuntukkan untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kepada setiap negeri.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga memperuntukkan sebanyak RM540 juta di bawah RMK-12 bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka, bertujuan memulihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara.
“Bagaimanapun, agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan semasa setiap negeri,” katanya menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat kelmarin.