Abidin Madingkir
KOTA KINABALU: Lebih kurang 63 peratus kawasan di negeri ini masih diliputi hutan, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
Katanya, ini merangkumi hutan simpan, taman-taman Sabah, sanktuari hidupan liar dan hutan tanah kerajaan.
“Keluasan hutan simpan kekal negeri telah meningkat sebanyak 566.57 hektar berbanding tahun 2020, iaitu daripada pada pada masa kini, yang mencecah 49 peratus daripada jumlah 3,574,468.003 hektar pada 2020, kepada 3,575,035.573 hektar keluasan Sabah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Darell Leiking (Moyog) yang bertanya berapakah jumlah keluasan hutan simpan di Sabah daripada tahun 2020 sehingga 2024.
Sabah dengan keluasan lebih kurang 7.4 juta hektar adalah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia.