Pemain Portugal meraikan kejayaan mereka melepasi pusingan kalah mati Kejohanan Eropah (Euro) 2024 menewaskan Slovenia 3-0 menerusi penentuan penalti di Arena Frankfurt.
FRANKFURT: Portugal mara ke suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2024 apabila menewaskan Slovenia 3-0 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi kalah mati kejohanan sebentar tadi.
Menurut Utusan Malaysia, penjaga gol Portugal, Diogo Costa muncul wira pasukan apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Selecao.
Portugal dijadual bertemu Perancis pada aksi suku akhir kejohanan, Sabtu ini.
































