KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meluangkan masa minum lewat petang
(high tea) bersama Presiden-presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini. (Gambar)
Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sering
mengadakan perjumpaan bersama Presiden-presiden parti komponen GRS bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri dan negara.
































