Kasim Muda
KOTA KINABALU: Sembilan peserta perhimpunan aman #KamiMahuAir Sabah anjuran dianjurkan oleh kumpulan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan semua individu tersebut ditahan selepas hadir ke lokasi perhimpunan di hadapan bangunan yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu semalam.
“Sebaik mereka beredar menaiki kenderaan, polis telah membuat pemeriksaan di dalam van dinaiki dan didapati sembilan individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Susulan itu, kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi,” katanya dalam ketika dihubungi semalam.
Semalam kira-kira 80 orang kumpulan Suara Mahasiswa UMS bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi di UMS dan Sabah secara keseluruhan.
Presiden Suara Mahasiswa UMS, Mohammad Norhamdin Nordin, 23, mereka hadir beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri agar dapat menyelesaikan isu air di UMS.
Ketua Sekretariat Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah itu meminta mahu campur tangan kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan masalah air di Sabah.
Di samping itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diminta campur tangan untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri dan UMS dalam menyelesaikan isu air.
































