MANCHESTER: Erik ten Hag dijangka kekal menerajui pasukan Manchester United selepas persembahannya dinilai oleh pemilik-pemilik kelab tersebut, lapor media Britain.
Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, United telah mengadakan perbincangan dengan jurulatih dari Belanda itu berhubung melanjutkan kontrak di Old Trafford yang akan memasuki musim akhir.
Pencapaian hambar United pada fasa kedua kempen liga berakhir dengan kejutan selepas membawa United menjulang Piala FA selepas menewaskan Manchester City 2-1.
Bagaimanapun, kejayaan itu tidak memulihkan reputasi jurulatih itu, sebalik cakap-cakap mengenai pemecatannya membayangi Ten Hag oleh pemilik bersama, Jim Ratcliffe.
United menamatkan saingan Liga Perdana di tempat kelapan, rekod paling buruk sejak 1990, malah tersingkir daripada kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.


































