KUALA PILAH: Seorang wanita ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Jalan Yam Tuan Raden di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, wanita berusia 55 tahun itu pada mulanya dikesan telah memandu keretanya secara melawan arus di jalan berkenaan oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan.
Menurutnya, anggota polis tersebut telah cuba menahan kereta tersebut namun wanita berkenaan enggan memberi kerjasama. Dalam usaha menahan wanita tersebut, kereta yang dipandu wanita itu telah melanggar kenderaan polis sehingga mengalami kerosakan bahagian hadapan.
“Sehubungan itu, dengan bantuan pelbagai cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, kereta tersebut berjaya kemudian berjaya ditahan di persimpangan Jalan Bahau-Kuala Pilah berhadapan sebuah stesen minyak,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Amran lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
































