Rakaman CCTV seorang lelaki mencuri pakaian dalam seorang wanita di sebuah rumah di Taman Melor 2, Teluk Intan kelmarin.
TELUK INTAN: Seorang penunggang motosikal kini diburu selepas aksinya mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah Taman Melor 2 di sini kelmarin, tular dalam media sosial.
Menurut Utusan Malaysia, kejadian pada pukul 3.24 pagi itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 34 saat dengan suspek dilihat mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian berhampiran pagar sebuah rumah.
Difahamkan, sebelum meninggalkan lokasi kejadian, suspek turut meninggalkan mesej dipercayai nota berbaur lucah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan polis berkaitan insiden itu dibuat pengadu pada pukul 10.55 pagi.
“Suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 347/509 Kanun Keseksaan,” katanya.


































