Khairul Fahmi Che Mat (tengah) terpaksa menumbuk bola bagi mengelakkan dirampas penyerang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) gagal meraih keputusan positif di laman sendiri apabila tumpas 2-3 ditangan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Menurut Utusan Malaysia, pada perlawanan itu, Sabah FC terlebih dahulu menguji kekebalan benteng tuan rumah merusi rembatan kencang yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gawang Khatul Anuar Md. Jalil.
KDN FC bangkit dengan beberapa asakan ke kubu pelawat namun mudah dipatahkan oleh benteng Sabah FC selain ketumpulan penyudah tuan rumah.
Minit ke-25, Gabriel Peres memberikan kegembiraan kepada
Sabah FC apabila rembatannya gagal diselamatkan oleh Khatul Anuar untuk memberikan gol pertama buat pelawat.
Tujuh minit berselang, penjaga gol pelawat membuktikan ketangsannya masih berbisa apabila menyelamatkan sepakan penalti Muzungu Lukombe menyaksikan KDN FC mengigit jari untuk menyamakan kedudukan.
Masuk babak kedua, KDN FC bangkit mengikat kedudukan menjadi 1-1 apabila Kim Lik Wan yang tidak dikawal berjaya melonjak tinggi untuk melepaskan tandukan deras sekali gus melepasi jangkauan Khairul Fahmi digawang gol The Rhinos pada minit ke-55.
Pemai gantian Sabah FC Stuart Wilkin menjarakan kedudukan menjadi 2-1 pada minit ke-65 apabila rembatan derasnya dari luar kotak penalti gagal diselamatkan meskipun layangan badan Khatul Anuar sudah tepat untuk menyelamatkan keadaan.
The Rhinos terus ‘mengamuk’ selepas itu dengan meledakan jaringan ketiga pada minit ke-68 menerusi Roman Macedo.
Bae Kyeong Hwa meniupkan semula api kebangkitan KDN FC dengan gol gol kedua KDN FC pada minit ke-90 untuk menjadikan kedudukan 2-3.
Kedudukan 2-3 itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan The Rhinos pulang ke Negeri Di Bawah Bayu dengan meriah tiga mata.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Park Jaehong melakar kekalahan kedua selepas tumbang 0-1 kepada Sri Pahang FC minggu lalu.
































