Christivy Holyen Hamdy dan Roxanne Abbygail Richard
RANAU: Polis memohon bantuan orang awam mengesan keberadaan tiga orang remaja perempuan di daerah ini yang dilaporkan hilang.
Menurut polis, tiga remaja tersebut iaitu Christivy Holyen Hamdy, 12, Roxanne Abbygail Richard, 12, dan Valensia Mail, 15, telah keluar rumah pada 10 Mei, jam lebih kurang 7.30 malam untuk mengikuti latihan silat di SMK Ulu Sugut, Ranau.
Sehingga laporan polis dibuat pada 13 Mei, 2024, jam lebih kurang 8.48 malam, ketiga-tiga mereka masih belum pulang ke rumah.
Lokasi terakhir mereka dilihat adalah di Pekan Ranau pada 13 Mei, 2024, sekitar jam 8.30 pagi turun dari bas mini berwarna putih dan mereka dijemput oleh seorang lelaki menaiki motokar jenis Perodua Viva dengan nombor pendaftaran palsu.
Sesiapa yang mengetahui keberadaan mereka diminta membawa mereka ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat – Sarjan Callixtus Mila @ Joeanis ( 013-2956467 )
































