PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang melaksanakan penyelenggaraan bagi menaik taraf sistem atas talian miliknya bermula semalam sehingga hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, berdasarkan kemaskini di laman sesawang KWSP pada 6 Mei lalu, beberapa perkhidmatan dijangka terganggu membabitkan Perkhidmatan Ahli; Perkhidmatan Majikan dan Perkhidmatan Rakan Niaga.
Perkhidmatan Ahli yang terganggu termasuklah i-Akaun (Ahli); KWSP i-Akaun; pendaftaran i-Akaun dalam talian; pendaftaran i-Saraan dalam talian; i-Invest; i-Lindung dan Self Service Terminal (SST).
Perkhidmatan Majikan pula yang dijangka terganggu adalah i-Akaun (Majikan); pendaftaran majikan dalam talian; e-Payroll dan aplikasi e-Caruman sementara Perkhidmatan Rakan Niaga terjejas i-Akaun (rakan niaga).
Proses penambahbaikan tersebut dijangka selesai hari ini namun KWSP tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung penyelenggaran berkenaan.
Bagaimanapun, ia dipercayai ada kaitan dengan pelaksanaan penstrukturan semula akaun pencarum selepas KWSP memperkenalkan inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun Ketiga kepada ahlinya yang berusia 55 tahun ke bawah bermula hari ini.