Pang Sock Tao
HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dengan memperoleh undi tidak rasmi setakat kira-kira pukul 8 malam tadi melebihi 12,700 undi menewaskan tiga calon lain, hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Sock Tao menewaskan seteru utama PH iaitu Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan Khairul Azhari Saut yang meperolehi undi sebanyak 8,910, serta dua calon lain iaitu calon bebas, Nyau Ke Xin (168) dan Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) (136).
Menerusi perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 itu, Sock Tao berjaya meraih kira-kira 3,869 majoriti, sekali gus membolehkan PH mempertahankan kerusi yang dimenangi mendiang Lee Kee Hiong sejak 2013.
Namun jumlah tersebut merudum berbanding PRN tahun lalu apabila mendiang Lee Kee Hiong berjaya memperoleh 4,119 undi.
Terdahulu Sock Tao, 31 dalam manifestonya menggariskan lima perkara teras untuk dilaksanakan apabila beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi Kuala Kubu Baharu.
Lima teras tersebut merangkumi ekonomi, kemudahan awam, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan dalam usaha untuk memperkasakan kawasan berkenaan selain menjaga kebajikan penduduknya tanpa mengira kaum dan agama.
PRK Kuala Kubu Baharu yang berlangsung hari ini bermula penamaan calon pada 27 April lalu menyaksikan sebanyak 55.48 peratus daripada 39,362 keluar mengundi di 18 pusat mengundi di seluruh kawasan tersebut.
Pada pilihan raya yang berlangsung semalam menyaksikan sebanyak 55.48 peratus daripada 39,362 keluar mengundi di 18 pusat mengundi di seluruh kawasan tersebut sehingga pukul 4 petang tadi.
Pada hari pengundian awal 7 Mei lalu, sebanyak 97 peratus atau 769 daripada 863 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pasukan polis dan tentera melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRK Kuala Kubu Baharu, 7 Mei lalu.
Secara keseluruhan sebanyak 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK tersebut.
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 itu diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Selangor selepas penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong memperoleh 14,862 sekaligus berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak 2013 dengan 4,119 majoriti.






























