Pertahanan Liverpool, Andrew Robertson sugul selepas pasukannya tewas 1-0 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, hari ini.
LONDON: Manchester City terus mengekalkan cengkaman untuk menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Arsenal dan Liverpool tewas mengejut kepada lawan masing-masing dalam aksi hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Arsenal yang memegang rekod bersih liga sepanjang 2024 rebah kepada Aston Villa 2-0 di Emirates manakala Liverpool turut menerima nasib yang sama tews 1-0 di laman sendiri kepada Crystal Palace.
City sebelum itu meraikan kemenangan besar 5-1 ke atas Luton, kini dipisahkan dua mata dengan baki enam perlawanan lagi.
Dengan 73 mata dan kelebihan 44 jaringan gol, sudah cukup untuk mengembirakan Pep Guardiola minggu ini, malah boleh merehatkan beberapa pemain utamanya ekoran jadual padat perlawanan.
Melainkan minggu depan, City dijangka akan mengerah seluruh jenteranya untuk mempertahan kesemua kejuaraan yang dimenanginya musim lalu – Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.
KEPUTUSAN
Arsenal 0 Aston Villa 2
Liverpool 0 Crystal Palace 1
West Ham 0 Fulham 2


































