Dr. Joachim (tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan penduduk sekitar yang mengunjungi bazar Ramadan semasa edaran bubur lambuk dijalankan.
KUNDASANG: Sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk sekitar Pekan Kundasang kelmarin (3 April) sempena bulan Ramadan ini.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah turut serta dalam mengagihkan bubur lambuk tersebut.

Dr. Joachim (kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada peniaga bazar Ramadan pada petang kelmarin.
Turut diadakan ialah penyerahan bakul makanan kepada warga emas, wanita balu dan ketua isi rumah (KIR).

Program itu dianjurkan secara bersama oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kundasang.

Selesai program, Dr. Joachim menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kundasang.




























