Samsul menandatangani buku lawatan sambil disaksikan Jainisah (kiri) dan Supian (kanan).
KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor menerima kunjungan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Samsul Dollah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kepayan pada Isnin.
Rombongan disertai Timbalannya, Siti Robani Yusof, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pemantauan dan Penilaian Mohd Ishak Amir Hussein, Penolong Pengarah (PP) Keurusetiaan dan Penilaian Outcome Norkamarul Norzam, PP Seksyen Khas 2 Ritnie Cashelda Mansor, PP Kesejahteraan Rakyat Suraini Mohd Talip dan PP Khidmat Pengurusan Shinta Suliza Yunus.
Menurut Samsul, kunjungan sejam itu bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik antara Pejabat Pembangunan Negeri bersama JaPen Sabah terutama dalam skop pemasaran maklumat yang melibatkan program-program inisiatif komuniti yang akan dilaksanakan oleh ICU di negeri ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa, KPP Bahagian Penerbitan Dasar Negara Sulia Banying Anak Gihang, KPP Bahagian Media Siber Geraldine Voo Yee Wen, PP Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Edi Rizam Kasim dan PP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Siti Mariam Aziz Rashid


































