Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ‘lampu hijau’ untuk mengambil tindakan terhadap jemaah menteri tanpa perlu meminta ‘restu’ daripada Perdana Menteri jika ada laporan atau dakwaan pembabitan mereka dalam kes rasuah.
Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun selepas setahun tiga bulan kerajaan perpaduan mengambil alih pentadbiran, sehingga kini tiada mana-mana jemaah menterinya terpalit dengan isu rasuah setakat ini.
Perdana Menteri berkata, beliau juga ada mencabar di dalam mahu pun di luar Parlimen supaya kemukakan bukti bahawa dirinya mahupun jemaah menteri lain ada terbabit dengan kes rasuah supaya boleh dikenakan tindakan.
Bagaimanapun, tegasnya, tiada mana-mana pihak yang tampil mengemukakan bukti tersebut setakat ini.
“Ini peringatan keras, SPRM tidak mungkin mengecualikan siasatan ke atas kepimpinan yang ada sekarang atau memantau setiap tender mahupun keputusan dibuat.
“Kalau ada saya katakan jangan tanya saya, persilakan ambil tindakan dan orang yang berkenaan wajib digugurkan, barulah negara ini selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Sidang Kemuncak Anti Rasuah Kebangsaan (NAC SUMMIT) 2024, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa agenda pembanterasan rasuah yang dilaksanakan SPRM perlu didukung dan jangan sesekali pernah berasa lemah melawannya.
“Kalau kita berasa lemah (melawan rasuah), negara ini akan hancur,” tegasnya.