KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraikan lebih 50 kanak-kanak sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) di rumah MUTIARA, Rose Garden, di sini, hari ini. (Gambar)
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag yang juga Yang di-Pertua MUTIARA GRS dan ahli-ahlinya menyantuni kanak-kanak itu.
Selain diraikan dengan jamuan makan dan persembahan Tarian Singa, mereka turut menerima “Angpow” dan “goodie bags” daripada Juliah dan MUTIARA GRS.

Majlis itu turut diserikan dengan upacara menggaul Yee Sang dan penampilan maskot Naga.
Turut hadir Naib-naib Yang di-Pertua MUTIARA GRS, Datin Seri Cecilia E. Kitingan dan Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag. Mohd. Saufi (Setiausaha Kehormat), Pengerusi Pelaksana, Datin Seri Stella Yong, Pengerusi Biro Kebudayaan, Datin Siti Noor Liyana Abd. Latiff Bledram dan Timbalan Pengerusi Sambutan, Datin Tracy Jee Huat @ Mui.
































