Nor Azean (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Jainisah.
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengukuhkan lagi kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.
Timbalan Ketua Unit Komunikasi Korporat KUSKOP Nor Azean Hasan berkata JaPen Sabah memainkan peranan amat penting dalam mempromosikan dasar mahupun inisiatif kerajaan kepada rakyat.
“Dengan kunjungan ini, kita dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara agensi memandangkan JaPen Sabah memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada rakyat Sabah.
“Selain itu, hubungan yang baik JaPen Sabah dengan media tempatan dapat membantu dalam mempromosikan inisiatif usahawan dan koperasi di yang disediakan oleh KUSKOP” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Media Komunikasi Korporat Peter Tong Ah Pin, Ketua Penolong Pengarah Media Siber Geraldine Voo Yee Wen dan Pegawai Unit Komunikasi Korporat KUSKOP Rozer Masudin.
































