Tangkap layar seorang lelaki yang menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam yang tular dalam laman sesawang Facebook baru-baru ini.
KLUANG: Seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam pada 23 November baru-baru ini.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang menerusi satu video berdurasi 42 saat yang tular dalam laman sesawang Facebook.
Katanya, video itu memaparkan lelaki berkenaan sedang melakukan kelakuan tidak senonoh dan duduk di atas motosikal.
“Kejadian dipercayai berlaku di sekitar pekan Simpang Renggam,” katanya melalui kenyataan kelmarin.
Menurut Bahrin lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diharap tampil untuk menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan.
Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
































