Alceson (kiri) dan Holyvera (tiga kanan)
KENINGAU: Alceson Juni dan Holyvera Lasius masing-masing dinobafkan sebagai juara kategori Tahap 1 dan Tahap 2 pertandingan ‘Manangon’ (bercerita) yang diadakan sempena The Crocker Range Festival Season 6 di Padang Bandaran Keningau, di sini, kelmarin.
Di tempat kedua bagi kategori Tahap 1 ialah Izzarith Aafiya MD Yusri dan Hasybel Hendry, ketiga.
Bagi kategori Tahap 2, Barinlinny Raju mendapat tempat kedua dan Jasper Vander Joanes, ketiga.
Penolong Pegawai Daerah Keningau, Mohd. Azri Jaini Jeffrey menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta, iaitu tujuh dalam kategori Tahap 1 dan lapan dalam kategori Tahap 2.
Christina A. Kodou daripada Majlis Wanita, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Keningau turut hadir.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau yang juga Pengerusi Penganjur The Crocker Range Festival 2023 (Season 6), Rafie Robert berkata, Pertandingan “Manangon” adalah salah satu acara baharu yang dipertandingkan sempena festival kali ini.
Katanya, antara objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat kanak-kanak untuk bercerita dalan bahasa ibunda.
Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai untuk memahami serta mempelajari secara lebih dalam bahasa Kadazan Dusun di kalangan generasi baru, katanya sambil menambah objektif lain yang cuba diterapkan ialah untuk mempertahankan agar penggunaan bahasa ibunda sentiasa digunakan oleh generasi muda serta memelihara bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman.
“Selaku penganjur festival ini, saya beranggapan bahawa pentingnya kita memelihara suatu bahasa itu agar ianya terpelihara dan terus digunakan pakai sehingga generasi akan datang.
“Bahasa ibunda adalah merupakan satu khazanah yang cukup berharga dan wajar di pertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang, bak kata pepatah “Bahasa Menunjukkan Bangsa”.
“Bagi saya, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengalakkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa harian untuk berinteraksi dengan sesama ahli keluarga,” katanya.
Beliau juga berharap agar pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam apa jua program dan senantiasa mendapat sokongan daripada pelbagai pihak sama ada Kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, PERHAKOW Dance Theater menjadi juara Pertandingan Tarian Etnik Kreatif kelmarin sekaligus membawa pulang wang tunai kemenangan berjumlah RM3,000.
Di tempat kedua dan ketiga pula ialah kumpulan kebudayaan Tetarigas Dance dan Tukang-Tukang yang maaing-masing membawa pulang wangn tunai kemenangan berjumlah RM2,000 dan RM1,000.
Pengerusi penganjur bagi pertandingan ini, Mohd Zaki Zakaria memaklumkan, seramai 14 kumpulan tarian daripada serata negeri Sabah telah menyertai pertandingan ini.
Penyampaian hadiah pemenang bagi pertandingan ini disempurnakan oleh Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya dan ADUN Bingkor.
Rafie berharap agar pertandingan ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya etnik kita dikenali serata dunia.






























