Sebahagian daripada mereka yang beratur mencuba nasib memiliki iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga serendah RM1 di Yes 5G Experience Store, Lot 10, Kuala Lumpur Rabu.
KUALA LUMPUR: Beratus-ratus peminat iPhone 15 sanggup menunggu sejak pukul 7 pagi di Yes 5G Experience Store Lot 10, di sini bagi mendapatkan tawaran iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga serendah RM1.
Menurut Utusan Malaysia, Yes 5G dalam satu kenyataan berkata, ramai penggemar iPhone dari Lembah Klang dan seluruh negara datang bagi mencuba nasib memenangi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tersebut dengan kadar terendah sempena 11.11.
“Mereka yang merupakan pemegang pas perlu memutar roda untuk mencuba nasib bagi mendapatkan iPhone 15 Plus dengan hanya RM1.
“Ini termasuk aksesori Apple seperti AirPods (Generasi Ketiga) dan langganan tiga bulan percuma untuk Yes Gaming dengan GeForce Now,” katanya.
Katanya, bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM20,000 dengan pelan pakej Yes 5G, ditambah potongan sehingga 15 peratus bagi sebarang pembelian aksesori iPhone.
Sementara itu Sarah Nabila, 31, antara individu bertuah membeli iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga RM1.
“Pelan Yes 5G sangat berpatutan sehinggakan saya membeli dua iPhone. Selain daripada iPhone 15 pada harga RM1 sahaja, saya juga mendapat iPhone 15 Pro 512GB,” katanya.
Bagi yang tidak sempat menyertai acara 11.11, mereka boleh memiliki Siri iPhone 15 pada harga serendah RM21 sebulan dengan sifar bayaran pendahuluan diperlukan.
Maklumat lanjut layari https://www.yes.my/iPhone/ atau kunjungi kios terdekat dan peniaga sah Yes.