Dr. Joachim (tengah) menyaksikan Patrick (dua dari kiri) menyerahkan replika SIM pack Hotlink kepada Lau (dua dari kanan)) sebagai simbolik pelantikan KTC sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan, sambil diperhatikan oleh Dexter (kanan).
KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) telah dilantik sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan.
Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pelancaran Pengedar KTC dan Hotlink Prabayar Eksklusif untuk Sabah dalam satu majlis yang diadakan di pejabat KTC di Kolombong, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan KTC, Datuk Lau Kok Sing, anaknya Datuk Dexter Lau yang merupakan Pengarah Eksekutif KTC, dan Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan, Maxis Berhad.
Mengucapkan tahniah kepada KTC dan Hotlink Maxis atas kerjasama itu, Dr. Joachim amat yakin ia akan menjadikan tawaran Hotlink lebih mudah tersedia kepada pelanggan, menyediakan orang ramai dengan akses dan capaian yang lebih luas di seluruh Sabah dan Labuan.
Menurutnya, Kerajaan mengalu-alukan dan berharap lebih ramai dapat berhubung melalui kerjasama ini.
“Saya difahamkan bahawa pelantikan KTC adalah selaras dengan rancangan Maxis untuk meneroka bidang peluang baharu merentasi saluran pasaran massa dan berkembang ke saluran baharu di rantau ini. Di bawah perjanjian pengedaran KTC, syarikat itu ditugaskan untuk memastikan ketersediaan pek SIM Hotlink dan produk.
“Kita semua tahu bahawa KTC ialah sebuah syarikat tersenarai Papan Utama dengan rekod prestasi yang kukuh bagi kedua-dua keputusan kewangan dan prestasi perniagaan dan merupakan salah satu penyumbang paling ketara Sabah melalui inisiatif CSR mereka. KTC ialah pengedar barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang ditubuhkan untuk pelbagai jenama terkemuka Malaysia dan antarabangsa di rantau ini,” katanya.
Sebagai pengedar Hotlink baharu Maxis di Sabah dan Labuan, KTC meluaskan kehadiran Maxis di Sabah dan Labuan, menyediakan akses dan capaian yang lebih luas kepada pelanggan baharu.
Sempena pelantikan tersebut, Maxis telah memperkenalkan Hotlink Prepaid Eksklusif untuk Sabah, satu penawaran masa terhad yang menyediakan internet 4G/5G tanpa had dengan harga terendah dalam negeri pada harga hanya RM18 sebulan. Ia juga menawarkan kelajuan internet tanpa had serta hotspot dan panggilan tanpa had, memberikan pengguna pengalaman mudah alih tanpa kerisauan.
Sementara itu, Dexter berkata, KTC amat teruja dapat bekerjasama dengan Hotlink, satu jenama yang dikenali untuk komitmennya terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan mudah alih.
“Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mempertingkatkan kehidupan orang Sabah dengan menjadikan produk Hotlink lebih mudah diakses dan memberikan mereka pengalaman mudah alih yang unggul.”
Patrick berkata: “Kami yakin kerjasama kami dengan KTC akan membawa kemudahan kepada pelanggan dengan meningkatkan ketersediaan penawaran Hotlink, memberikan Maxis akses serta jangkauan yang lebih meluas merentasi Sabah dan Labuan.
“Kami juga teruja untuk melancarkan Hotlink Prepaid Eksklusif untuk Sabah yang pertama bagi kami sempena langkah bermakna dalam menyambut pelantikan KTC sebagai pengedar Hotlink, turut membawakan pengguna pelan prabayar yang terbaik pada harga paling mampu milik dengan internet dan kelajuan tanpa had.”
Sebagai sebahagian daripada komitmen Maxis untuk menyediakan pengalaman pengguna yang unggul kepada pelanggan di Sabah, ia telah menubuhkan sebuah Hab Internet Serantau di Pusat Operasi Teknikalnya di Kota Kinabalu pada lebih awal tahun ini.
Maxis ialah syarikat telekomunikasi yang pertama untuk membina Hab Internet Serantau di Malaysia Timur, dengan ketersambungan kandungan antarabangsa secara langsung. Hab tersebut merupakan pelaburan rangkaian yang penting untuk meningkatkan pengalaman internet pelanggan dan memenuhi keperluan pertumbuhan dalam penggunaan data yang tinggi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Hotlink serta ganjaran eksklusif, layari:
https://www.hotlink.com.my


































