Keadaan Jalan Parlimen yang dinaiki air akibat hujan lebat petang tadi. – FB DBKL
PETALING JAYA :Trafik perlahan dan sesak akibat banjir kilat berpunca daripada hujan lebat di beberapa lokasi di sekitar ibu negara petang ini.
Menurut Utusan Malaysia, menerusi hantaran Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Facebook, setakat pukul 5.32 petang tadi, trafik sesak di Jalan Kinabalu, Jalan Pahang, Jalan Ampang dan Jalan Pudu.
“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Melaka, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin.
“Kesesakan turut berlaku di Jalan Damansara, Jalan Bangsar dan Jalan Syed Putra,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.


































