Hajiji (dua kanan) berbincang dengan Victor (dua kiri) dan Dr. Jamaluddin (kiri) sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor diberi taklimat mengenai situasi keselamatan terkini di Zon Keselamatan Pantau Timur Sabah (ESSZone) oleh Komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner (DCP) Victor Sanjos di sini hari ini.
Ia merupakan kunjungan hormat pertama Victor kepada Ketua Menteri di Menara Kinabalu sejak dilantik sebagai Komander ESSCOM pada Jun tahun ini.
Ketua Menteri turut dimaklumkan mengenai pelbagai program komuniti yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti ESSZone.
Turut serta dalam rombongan ESSCOM ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Jamaluddin Mohd. Ali.

Hajiji (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Che Engku Suhaimi.
Hajiji turut menerima maklumat terkini mengenai keadaan maritim negeri inj semasa pertemuan dengan Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.
Delegasi Maritim Sabah termasuk Timbalan Pengarah (Operasi), Kapten Maritim Mahmad Faizal Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pengurusan), Siti Norhaini Osli.































