KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan semua tempat letak kereta di sepanjang Lorong Dewan dan juga Jalan Padang (bermula dari Bulatan Bandaran sehingga gerbang Jalan Istana) untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2023 yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabtu ini (7 Okt).
Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sehubungan dengan itu, jalan dan tempat letak kereta yang tersebut di atas akan ditutup pada tarikh dan masa seperti berikut :

“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan. anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain sepanjang tempoh penutupan sementara jalan ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.





























