Hajiji menerima cenderahati daripada Chin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Kunjungan tersebut, diketuai oleh Presiden SLS, Roger Chin bertujuan untuk memberi maklumat terkini mengenai inisiatif persatuan itu dan cadangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam reformasi undang-undang negeri.
Chin memberi taklimat kepada Hajiji, antara lain, mengenai perkhidmatan Bantuan Guaman SLS, yang diberikan oleh ahlinya secara sukarela kepada masyarakat di Sabah.
Beliau juga menyatakan sokongan SLS kepada Pusat Timbangtara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (BICAM) dan Persidangan Undang-undang Komanwel akan datang, yang SLS merancang untuk mengadakan.
Chin turut berkongsi bahawa SLS membantu pasukan undang-undang negara dalam memberikan tentangan terhadap anugerah timbang tara kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
SLS, kata Chin, bercadang untuk melawat beberapa negara bagi menawarkan perkhidmatan guaman dengan tujuan menyokong Kerajaan Negeri dalam menarik pelabur asing ke Sabah.