Sekumpulan kanak-kanak beriadah dengan bermain bola sepak selepas hujan di Kampung Rawai, Marang, Terengganu, kelmarin.
Malaysia ketika ini berada pada Fasa Peralihan Monsun Timur Laut yang diramal berterusan sehingga November ini, lapor Utusan Malaysia.
Fasa itu menyebabkan keadaan cuaca khususnya di Pantai Timur tidak menentu apabila dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.
Semasa fasa peralihan ini, rantau negara menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir. Ia lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam masa singkat.
Keadaan itu sehingga kini bagaimanapun tidak menghalang pelbagai aktiviti dijalankan termasuk beriadah di padang walaupun permukaannya ditakungi air.































